Tentang Agro Highlands Chalet

Selamat datang ke Agro Highlands Chalet

Penginapan Muslim Patuh Syariah
Khas Muslim Sahaja
About us

KENAPA PERLU DATANG KE AGRO HIGHLANDS

  • "Your Sweet Memories is Like Sweet Strawberry" Menawarkan penginapan yang bersih, selesa serta unik iaitu menginap di dalam ladang strawberi
  • "Feel The New Experience In our Strawberry Fresh Farmstay" Boleh menjalankan aktiviti memetik strawberi yang hanya dapat dilakukan di AGRO HIGHLANDS CHALET
  • "Muslim and Family Friendly" Pemilik merupakan bumiputera dan muslim, menyedikan penginapan muslim dan family friendly. Bilik dijamin kebersihannya, mesra pelanggan muslim serta patuh syariah. Memang menjadi pilihan mereka yang bekeluarga
  • "Capture Your Memories in 5km Radius" Lokasi yang berdekatan dengan lokasi-lokasi yang wajib dilawati serta berhampiran dengan bandar dan mudah mendapatkan barangan keperluan
  • "Stay Safe in Our Secure" Pengawasan 24 jam serta dilengkapi sistem pemantauan kamera tertutup bagi menjamin keselamatan pelanggan
  • "Your Personal Strawberry Orchad" Boleh memetik dan menikmati kesegaran buah strawberi yang besar dan manis pada harga ladang
  • "Fasilities Designed to Live with Joy" Terdapat kemudahan ruang menjalankan aktiviti, ruang menjalankan BBQ, ruang makan. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti aktiviti BBQ, jamuan makan, sukaneka, dewan seminar aktiviti indoor, kursus & latihan, aktiviti memetik dan menanam strawberi, dan lain-lain
  • "We Share A Passion for Hospitality" Bilik yang bersih, selesa, luas dan lengkap dengan keperluan & kelengkapan
  • "Stay at Your Budget, Travel More" Harga berpatutan dan mempunyai banyak pilihan bermula dari RM85
  • "Stay Once, Carry Memories Forever" Mempunyai lanskap yang memukau dan menakjubkan. Boleh menikmati persekitaran dan suasana yang segar dan indah dengan dikelilingi dengan ladang strawberi
  • "Our Customer is Our Agent" Penyimpanan rekod database dengan lengkap secara konsisten ke dalam rekod online dan offline
  • "Choose From A Variety of Sizes and Styles" Menawarkan pelbagai jenis bilik penginapan mengikut kesusaian pelanggan
  • "Speed Booking, Your Time is Limited" Proses tempahan bilik mengambil kurang dari 10 minit
  • "Alone We Can Have Fun So Little, Together We Can Do So Much Fun" Penginapan tersedia boleh menampung 80 sehingga 100 orang. Aktiviti riadah santai boleh dijalankan. Antaranya, aktiviti Family Day bagi syarikat, serta Family Gathering untuk perhimpunan keluarga besar tanpa berpisah tempat penginapan
  • "Every Stay Will Give You A Reason to Smile" Kualiti front desk yang terlatih dan mempunyai tahap pendidikan yang bagus dan mempunyai latar belakang dari bidang pelancongan serta terlatih  menyediakan servis secara berhemah untuk pelanggan.
  • "Relax and Feel Peace in Our Place" Privasi akan melahirkan rasa minat untuk merasa kelainan dari penginapan dalam kawasan bandar.
  • "Have The Stay You Need" Rasa tenang yang timbul dengan keluasan ladang strawberi di sekeliling menjamin jauh dari bunyi-bunyi bising kenderaan serta tidak bersebelahan dengan jalan utama.
  • "Make Any Occasion Unforgettable" Menyediakan pakej mesyuarat, majlis korporat, aktiviti seminar dengan dewan seminar yang selesa dan dilengkapi pelbagai fasiliti setanding dewan-dewan di sekitar Cameron Highlands. Fasiliti disediakan seperti, pendingin hawa, meja kerusi dilengkapi kain alas, sistem PA, alat projektor, papan putih, pen marker, plug point serta extension
  • "Road to Professional" Mempunyai SOP yang mudah difahami  serta lengkap mengikut undang-undang
  • "A Moment of Choosing Best Gift" Mampu menghasilkan produk hiliran yang dijadikan buah tangan wajib dibawa pulang bersama seperti jem kordial, aiskrim batang berperisa strawberi dan strawberi sejuk beku.
  • "Park in Your Alley" Ruang tempat kenderaan disediakan berdekatan dengan bilik penginapan serta selamat dengan adanya pemasangan CCTV.
  • "A Great Stay is Closer Than You Think" Pakej yang menarik dan sesuai bagi yang datang secara berkelompok atau berkumpulan. Pakej penginapan dan seminar disertai pakej 5 kali makan iaitu sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari, minum petang, dan makan malam
  • "Invest Your Holiday With Us" Joint Venture untuk menyediakan servis sewa motor dan tour & travel ke kawasan pelancongan yang menarik di sekitar Cameron Highlands


AGRO HIGHLANDS CHALET, BRINCHANG, CAMERON HIGHLAND.

Polisi Chalet

SYARAT DAN TERMA PENGINAPAN AGRO HIGHLANDS CHALET

PENGENALAN DIRI: Pihak pengurusan chalet hanya membenarkan tetamu yang sah berdaftar sahaja untuk menginap di sini. Untuk tujuan ini, anda perlu menunjukkan kad pengenalan/passport kepada pengurus kami semasa mendaftar masuk (check in). Tetamu yang membuat tempahan chalet hendaklah hadir semasa check in dan wajib menyediakan fotostat kad pengenalan. Pihak homestay tidak akan memberi kunci homestay kepada mana-mana wakil.

BILANGAN KAPASITI: Untuk menjamin keselesaan penghuni chalet ini, pihak pengurusan hanya membenarkan bilangan kapasiti yang dibenarkan sahaja mengikut pakej yang diambil. Sekiranya pihak pengurusan chalet mendapati bilangan kapasiti melebihi maka pihak pengurusan berhak mengambil tindakan sewajarnya.

BARANGAN LARANGAN: Tidak dibenarkan membawa arak, makanan tidak halal, dadah atau apa jua barangan larangan yang salah di sisi undang-undang ke dalam chalet.

SAMPAH: Sila buang semua bungkusan makanan yang tidak digunakan ke dalam tong sampah yang disediakan.

MEROKOK: Bagi tujuan keselamatan, merokok adalah dilarang di dalam bilik.

KESELAMATAN: Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan chalet dan barang-barang yang disediakan di dalam chalet semasa anda menginap di sini. Jika anda keluar meninggalkan chalet atau tidur di waktu siang/malam pastikan anda telah menutup dan mengunci pintu dan tingkap. Anda bertanggungjawab menjaga keselamatan barang anda sendiri. Pihak chalet tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan barang kepunyaan anda. Sepanjang anda berada di sini, keselamatan anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Pihak chalet tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kecederaan/kemalangan sepanjang anda menginap di sini.

KENDERAAN: Kenderaan anda boleh diparking di tempat letak kenderaan yang disediakan oleh pihak pengurusan chalet. Jika berlaku kecurian/kerosakan adalah tanggungjawab anda sendiri.

ELEKTRIK: Semua suis elektrik hendaklah ditutup selepas digunakan.

KETENTERAMAN: Tidak dibenarkan membuat bising hingga mengganggu ketenteraman penghuni-penghuni berdekatan. Sila jaga tatasusila di dalam dan di luar chalet agar tidak mengganggu penghuni lain.

KECURIAN: Tetamu yang menginap di sini tidak dibenarkan dengan sengaja merosak atau mencuri barangan dan peralatan yang disediakan di dalam chalet ini. Jika berlaku kecurian atau kerosakkan, pihak pengurusan berhak menuntut bayaran ganti rugi atau melaporkan kecurian kepada pihak polis.

BARANGAN: Tidak dibenarkan membawa keluar barang-barang yang terdapat di dalam unit bilik tanpa kebenaran pihak pengurusan chalet.

PEMBERSIHAN: Check in bermula selepas jam 3 petang dan check out sebelum 12 tengahari. Sila patuhi bagi mengelak kesulitan. Ini membolehkan kerja pembersihan dijalankan.

HAD BAGI PELANGGAN: Pelanggan seperti warga emas atau orang kelainan upaya (OKU) adalah amat tidak digalakkan memilih unit jenis ‘GAME ZONE’ oleh kerana fasiliti akses masuk adalah kurang bersesuaian dan pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sebarang kemalangan atau perkara yang tidak diingini sepanjang tempoh penginapan.

KEROSAKAN/GANTI RUGI: Sebarang kerosakan atau kehilangan barangan atau perisian atau mana-mana yang berkaitan dengan perkhidmatan adalah menjadi tanggungjawab dan perlulah diganti rugi oleh pelanggan sekiranya perlu / berkenaan mengikut harga semasa seperti jadual di bawah. Pelanggan mestilah membayar sebarang pampasan atau ganti rugi sekiranya didapati merosakkan atau menyebabkan kehilangan fasiliti atau kelengkapan ‘GAME ZONE’ mengikut harga yang tertera seperti berikut:


SENARAI HARGA GANTI RUGI BILIK ‘GAME ZONE’

BILPERKARAKUANTITIHARGA (RM)
1PS4 (CONTROLLER)11600.00
2CONTROLLER (JOYSTICK)140.00
3SET LAMPU LED (TERMASUK REMOTE)191.90
4AKSESORI (LED, CHARGER/STAND JOYSTICK, DLL)116.00
5‘PERSONAL COMPUTER’ (PC) (TERMASUK MONITOR & DESKTOP)12500.00
6KEYBOARD150.00
7‘WEBCAM’ / CAMERA PC140.00
8GAMING MOUSE PAD RGB130.00
9TELEVISION12300.00


SENARAI HARGA GANTI RUGI FASILITI

● UTAMA

BILITEMKUANTITIHARGA
1PINTU KAYU1300.00
2PINTU PLASTIK1200.00
3TOMBOL PINTU115.00


● SUIS

BILITEMKUANTITIHARGA (RM)
1SUIS LAMPU110.00
2SUIS HEATER112.00
3SUIS PLUG POINT15.00


● PERABOT

BILITEMKUANTITIHARGA (RM)
1SOFA11000.00
2IRON BOARD160.00
3LANGSIR 1300.00
4CERMIN BILIK190.00
5TINGKAP TOILET115.00
6CERMIN DALAM TOILET180.00
7ALMARI 1500.00
8SET MEJA MAKAN 1800.00
9KATIL QUEEN 12000.00
10KATIL SINGLE1650.00
11TILAM QUEEN 1600.00
12TILAM SINGLE 1400.00
13BANTAL120.00


● BARANG ELEKTRONIK

BILITEMKUANTITIHARGA (RM)
1TV LCD / REMOTE1500.00
2DECODER / REMOTE ASTRO1300.00
3DECODER / REMOTE MYTV1300.00
4MICROWAVE1800.00
5FRIDGE1300.00
6MINI BAR1150.00
7WATER HEATER 1800.00
8IRON140.00
9LAMPU RUANG TAMU1120.00
10LAMPU DAPUR120.00
11LAMPU MASTER ROOM150.00
12LAMPU SECOND ROOM150.00
13KETTLE170.00


● PAIP

BILITEMKUANTITIHARGA
1TANGKI TOILET1100.00
2TOILET HAND BIDET SPRAY140.00
3SINKI1229.00


● LINEN

BILITEMKUANTITIHARGA (RM)
1SEJADAH120.00
2SARUNG BANTAL118.00
3BED SHEET QUEEN170.00
4BED SHEET SINGLE160.00
5DUVET INSERT QUEEN 190.00
6DUVET INSERT SINGLE 180.00
7DUVET COVER QUEEN190.00
8DUVET COVER SINGLE180.00
9BED PROTECTOR QUEEN140.00
10BED PROTECTOR SINGLE130.00
11KARPET1150.00
12TOWEL125.00


● LAIN-LAIN

BILITEMKUANTITIHARGA (RM)
1TONG SAMPAH15.00
2PELAPIK KAKI115.00
3CAWAN15.00
4PINGGAN12.50
5DULANG110.00
6SUDU11.50
7GARPU11.50
8GAYUNG12.00
9HANGER16.00
10TONG AIR120.00
11AL-QURAN140.00


DEPOSIT: Deposit sebanyak RM50 atau RM200 bagi bilik jenis ‘GAME ZONE’ akan dikutip semasa pendaftaran pelanggan. Sebarang pembayaran deposit akan dipulangkan dalam tempoh 48 jam selepas proses check out. Deposit tidak akan dipulangkan kepada pelanggan sekiranya terdapat sebarang masalah seperti kerosakan atau kehilangan harta & aset milik chalet.

Pelanggan mestilah memastikan segala peralatan & kelengkapan sentiasa dalam keadaan baik sepanjang menginap di Agro Highlands Chalet. Dengan ini saya bersetuju dan akan mematuhi syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan chalet.