Agro Highlands Chalet menyediakan penginapan berkonsep menginap di dalam ladang strawberi pertama di Cameron Highlands. Chalet yang dikelilingi pemandangan indah ladang strawberi, suasana nyaman tanah tinggi, serta udara segar menjadikan penginapan anda lebih unik dan berbeza berbanding yang lain.
Cameron Highlands terkenal sebagai destinasi percutian popular di Malaysia, terletak 1500 meter dari aras laut dengan suhu yang sejuk dan menenangkan. Kawasan ini juga dihiasi ladang teh, kebun strawberi, serta panorama menghijau yang sesuai untuk anda yang ingin bercuti sambil berehat dari kesibukan kota.
Agro Highlands Chalet terletak di Brinchang, iaitu di tengah-tengah Cameron Highlands. Lokasi strategik ini hanya kira-kira 5 km dari tarikan menarik utama serta pilihan tempat makan.
Kami menawarkan beberapa pilihan bilik yang sesuai untuk keluarga, pasangan mahupun individu. Setiap bilik direka dengan keselesaan dan kemudahan asas yang memberi pengalaman menginap yang menyenangkan sambil menikmati panorama sekitar ladang strawberi.
Akses Wifi berkelajuan tinggi
Televisyen Android
Seterika & papan seterika
Cerek elektrik
Kemudahan membuat kopi/teh
Tuala & kelengkapan mandian asas
Pancuran air panas (heater)
Rak pakaian & penyangkut baju
Sebagai chalet berkonsep Mesra Muslim, kami menyediakan:
Telekung
Sejadah
Al-Quran
Agro Highlands Chalet mudah diakses melalui Lebuhraya Utara–Selatan (exit Tapah), Jalan Baru Simpang Pulai, dan Jalan Baru Gua Musang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit dari Kuala Lumpur, atau 1 jam 30 minit dari Ipoh. Teksi dan bas juga tersedia dari bandar-bandar utama di Malaysia menuju Cameron Highlands.
Check-in: 3.00 petang
Check-out: 12.00 tengah hari
Larangan: Tiada alkohol, makanan tidak halal, dadah atau bahan terlarang dibenarkan. Merokok tidak dibenarkan di dalam bilik dan kawasan umum. Haiwan peliharaan tidak dibenarkan.
Keselamatan & kebersihan: Tetamu bertanggungjawab menjaga keselamatan bilik serta barang berharga sendiri. Pengurusan chalet tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan. Semua tetamu perlu mematuhi SOP kebersihan & COVID-19.
Polisi pembatalan: Sebarang pembatalan perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh daftar masuk. Pembatalan selepas tempoh ini tidak akan dikembalikan bayaran. Untuk promosi khas: tiada pembatalan, tiada pulangan, tiada penangguhan tarikh.